Kebijakan Jokowi menerbitkan Perppu No 2 Tahun 2017 akhirnya memicu reaksi negara tetangga, Malaysia.
Tak tanggung-tanggung, Malaysia menilai Jokowi mulai bersifat diktator.
Penilaian Malaysia ini tertuang dalam berita pada versi cetak dan online media UTUSAN, yang terbit Kamis, 13 Juli 2017.
Berikut kutipan beritanya.
Pelbagai pihak
termasuk Pertubuhan Hak Asasi Manusia (HRW) negara ini mengecam
keputusan kerajaan Indonesia mengharamkan pertubuhan yang tidak
menyokong ideologinya dan menyifatkan Presiden Joko Widodo (Jokowi)
sebagai diktator.
Pertubuhan Hizbut Tahrir (HTI) yang
menyokong penubuhan negara Islam di Indonesia dan ‘bersih’ daripada
sebarang kes keganasan, memaklumkan akan mencabar keputusan itu di
mahkamah.
“Kami akan mengkaji undang-undang ini dan
merancang strategi baharu agar boleh meneruskan aktiviti,” kata
jurucakap HTI, Ismail Yusanto kepada portal ABC.
Pertubuhan
itu yang diiktiraf oleh kerajaan Australia turut mengecam Jokowi kerana
menyenaraikan pertubuhan tersebut sebagai radikal.
“Kami adalah Islam sejati. Jokowi kini telah berubah menjadi presiden diktator,” katanya.
Semalam
kerajaan Indonesia mengumumkan ordinan Presiden baharu yang
menyasarkan pertubuhan Islam terutama yang melancarkan bantahan
besar-besaran terhadap bekas Gabenor Jakarta, Busuki Tjahaja Purnama
atau lebih dikenali sebagai Ahok.
Selain HTI,
Barisan Pertahanan Islam (FPI) yang merupakan antara pertubuhan
mendesak Ahok dipenjarakan, adalah pertubuhan yang diharamkan.
Pakar
analisis dan kumpulan hak asasi manusia bimbang dengan pelaksanaan
ordinan itu yang masih belum dikemukakan di Parlimen Indonesia ataupun
dicabar di mahkamah.
“Peraturan Pemerintah
Pengganti Undang-Undang (Perppu) ini merupakan ancaman terhadap
demokrasi dan perlembagaan,” kata pakar undang-undang, Irman Sidin.
Katanya,
ini merupakan kali pertama kerajaan di bawah pemerintahan Jokowi
menguatkuasakan undang-undang itu sejak kejatuhan bekas diktator
Suharto.
Bekas Menteri Kehakiman, Yusril Ihza
Mahendra berkata, pelaksanaan Perppu merupakan langkah ke belakang bagi
demokrasi di Indonesia.
Penyelidik HRW,
Andreas Harsono berkata, kerajaan hanya boleh mengambil tindakan
undang-undang terhadap kumpulan yang disyaki melakukan pencabulan
undang-undang.
“Mengharamkan sebarang
pertubuhan hanya kerana ideologi adalah tindakan drakonian yang
menyekat kebebasan pertubuhan dan hak bersuara yang telah diperjuangkan
oleh rakyat Indonesia sejak pemerintahan diktator Suharto,” katanya.
Beberapa
pihak lain pula menyifatkan penguatkuasaan undang-undang sebagai
strategi menjelang pilihan raya yang dijangka pada 2019.
0 Response to "Koran Malaysia: Presiden Jokowi Disifatkan Diktator"
Post a Comment